Kuala Lumpur

Tuesday, September 7, 2010

Bab 6

Harini merupakan hari terakhir untuk aku menyelesaikan peperiksaan bagi semester ini, perasaan bercampur baur kerana ini merupakan kertas yang agak sukar bagi ku kerana aku lemah dalam bab bab mengira dan melakukan sesuatu perkara yang melibatkan angka, terus terang aku memang bengap, kalau ada pertandingan orang bengap kira kira aku rasa aku lah yang akan menjulang piala orang bengap kira kira kelas satu. ujian bermula kira kira jam lapan sepuluh minit, seperti biasa lah, pensyarah ataupun penjaga peperiksaan akan memberi serba sedikit taklimat kepada para pelajar, lalu aku memulakan menjawab dengan perasaan yang tenang diringi doa untuk hatiku tenang menjawab peperiksaan. aku selesai menjawab kira kira jam sembilan empat puluh lima minit kerana tidak dapat menjawab bahgian yang sukar bagi aku untuk mengira ngira lalu aku membuat keputusan untuk meninggalkan dewan peperiksaan degan hati yang tenang dan berserah.

selesai sahaja kesemua pelajar keluar daripada dewan peperiksaan, aku bersama rakan rakan menunggu rakan yang lain di hadapan pintu kolej. kami berkumpul untuk mengucapkan selamat bercuti bagi semester kali ini, masing masing sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampong halaman, dalam pada masa yang sama menyambut hari raya. tanpa aku sedari si dia juga berada di situ, di dalam kesibukan manusia manusia yang keluar daripada corong kolej ini aku hanya terpaku tenang memerhartikan si dia. hatiku mula berasa sayu kerana ini merupakan semester yang terakhir baginya dan berkemungkinan aku tidak lagi dapat bertemu dengannya selepas ini (jika aku tidak memulakan langkah dengan segera). pada waktu dan ketika, si dia sedang berborak borak bersama rakannya, sama seperti ku juga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan rakan. dalam diam mataku mencuri curi untuk memerhatikan gerak gerinya, aku mengharapkan benda yang sama berlaku. tidak lama kemudian si dia hilang daripada pandangan mataku, aku mencari dan mencari rupanya si dia telahpun jauh menuju ke stesen kereta api berhapiran kolej. aku berasa hampa, tetapi seorang daripada rakanku berkata yang si dia ada memerhatikan aku juga dan ingin menegurku tetapi dia tidak melalukan sedemikian mungkin tidak mahu mengganggu aku yang sedang asyik bersembang. aku mula berasa serba salah selepas mendengar kata kata rakan ku itu kerana aku tidak sanggup untuk menghampakan si dia tetapi aku telah lakukannya jua. aku rasa menyesal tidak sudah atas perbuatan aku itu. kalau lah aku memulakan langkah terlebih dahulu mungkin aku akan bertemu si dia lagi, tapi itu semuanya telah berlalu. aku menyesal.

hrmm, apa yang harus aku lakukan untuk bertemunya kembali? kenapa aku terlalu bodoh kerana tidak melakukan apa apa langkah untuk memilikinya? kenapa?

Thursday, August 26, 2010

Azrieq + Siti Aishah



















Friday, August 20, 2010

Lagenda budak tak berapa nak setan! sikit je setan!


Bab 5

selang satu minggu dari kejadian itu, aku telah mula nekad dan menanam perasaan yang amat mendalam untuk berusaha mendapatkan nombor telefon si dia. setiap hari aku mengaturkan pelbagai strategi bagi mencapai matlamat ku mendapatkan cuma sepuluh angka untuk memulakan langkah berkenalan dengan si dia dan mengenali dengan lebih rapat. pada hari rabu dalam minggu yang sama aku berpeluang untuk mendekatinya kerana kebetulan kelas pada hari itu dilakukan di bilik kelas komersial. aku tidak senang duduk kerana pada masa yang sama si dia juga berada di kelas komersial yang pada masa itu sedang sibuk untuk membuat penyediaan kelas komersial, bagi sesiapa yang mengambil bidang hospitality mungkin kamu faham masudku. aku menjadi resah dan gelisah kerana fikiranku pada masa itu bercampur baur dengan pelbagai perasaan. malu, takut, rendah diri dan sewaktu dengannya. mana tidaknya, inilah kali pertama aku menjadi gentlemen sikit walaupun malu (walaupun) hahaha. mataku tidak henti henti meliar memandang ke luar daripada kelas kerana si dia kerap berlalu lalang di luar kelas, maklumlah orang tengah sibuk. setelah tamat kelas, aku dan rakan rakan pun terus menuju ke kedai mamak yang merupakan tempat kali pertama aku mengenali si dia. apabila sampai di lif, aku berkata kepada rakan rakan ku yang aku ingin ke tandas sebentar, aku menyuruh meraka pergi dahulu aku akan menyusul kemudian. setelah pintu lif tertutup sahaja misi ku telah bermula, aku tanpa segan dan silunya telah masuk ke kelas komersial untuk mencari si dia yang pada masa itu sedang sibuk, aku menunggu dengan tabah sehingga pada beberapa minit kemudian si dia pergi untuk mengambil sesuatu di tas tangannya, pada masa itulah aku dengan lagak tampannya menyapa si dia. ayat pertama yang keluar daripada mulut ku pada saat dan ketika itu ialah, "hi you". sapaan aku di sambut dengan mesranya oleh si dia dengan senyuman yang amat manis bagiku dan aku berani mengatakan sesiapa sahaja mampu cair akan senyumannya itu. kami berbual kosong sebentar sahaja kerana dia masih sibuk dengan kerja kerja kelas komersialnya itu. aku dengan lantasnya meminta nombor telefon si dia dan lalu dia memberikannya kepadaku dan aku memberi nombor telefonku kepadanya. lalu aku meminta diri untuk tidak menggaggunya. atmesfera keliling pada masa itu memanglah bagaikan di dalam syurga percintaan, mana tidaknya hanya aku dan dia sahaja pada masa itu. merah padam juga muka ku ketika itu. misi ku telah berjaya lantas aku pun terus menuju kepada rakan rakan ku yang telah lama menunggu di restoran mamak untuk makan tengah hari.

pada malam itu aku tidak lena tidur kerana asyik memikirkan tentang si dia, aku berasa malu kerana kadangkala aku tersenyum sendiri tanpa aku sedari kerana dalam fikiranku hanyalah memikirkan tentnag dia. walaupun aku telah mendapat nombor telefon si dia, aku tetap tidak memulakan langkah untuk menghubunginya ataupun mengirimkan khidmat pesanan ringkas kepadanya. aku pun tidak tahu kenapa aku berkelakuan seperti itu sedangkan aku ingin sangat berkenalan dengannya. kenapalah aku sangat bodoh. aku pun tak tahu. tidak salah aku selang beberapa hari, si dia sendiri telah mengubungi aku, jam 12.32 tgh malam. pada ketika itu aku bersama rakan rakan ku dalam perjalan pulang daripada bangi selepas melepak di restoran mamak bangi, aku pun dah lupa apa nama kedai tu. di dalam perbualan itu kami hanya sembang sembang kosong sahaja, menanyakan khabar masing masing tetapi aku tidak senang untuk berbual dengannya kerana kerap di ganggu oleh dua rakanku yang asiklah membuat bising dan mengganggu perbualan ku. tetapi kami teruskan juga perbualan. padaku itulah saat paling mengembirakan kerana pertama kali mendenar suaranya melalui telefon bimbit. suaranya amatlah ayu sehingga menyusuk kekalbuku, hahah. bermula daripada malam itulah kami sering berbual. kangkala mencecah puluhan minit. lama kelamaan kami semakin rapat, kami juga sering berjumpa dan keluar berama tapi tidak bernah keluar berdua kerana aku takut si dia tidak selesa.

semuanya berlalu dengan pantas sehingga pada suatu ketika aku keluar dengannya untuk keluar makan malam, aku tidak tahu kenapa si dia berkelakuan aneh tidak seperti hari hari sebelumnya, aku menjadi tidak sedap hati kerana dari raut wajahnya aju dapat rasakan yang dia mempunyai masalah, tetapi aku takut untuk bertanya kepadanya takut takut menyinggung perasaannya. lalu aku menghantarnya pulang. seperti kebiasaannya si dia akan menghantarkan khidmad pesanan ringkas sebelum tidur tetapi pada malam itu si dia hanya mendiamkan diri dan menyepi seribu bahasa. aku pula mengamalkan sikap bila orang tu tak contect aku aku malas la nak contect dia tapi kesudahannya aku juga yang menyesal kerana bermula daripada malam itu aku dengan si dia menjadi renggang dan tidak lansung berhubung antara satu sama lain. hidupku mula menjadi suram dan tidak tentu hala kadang kadang. aku hilang semangat untuk hidup tetapi kawan kawan banyak memberi semangat kepadaku. terima kasih kepada mereka semua, tanpa mereka mungkin aku telah melaku kan perkara bodoh yang mungkin boleh memudaratkan diri sendiri.

hrmm mungkin sampai di sini sahaja kisah luahan hatiku kerana sehingga sekarang aku masih tiada pengganti dirinya dan ya! aku masih mengharapkan si dia untuk muncul kembali dalam hidupku agar aku dapat memberitahu yang aku amat menyintai dirinya sepenuh jiwa dan ragaku, itu janjiku dan aku aku pegang sampai bila bila.

si dia, A bukan nama sebenar <3


Wednesday, August 18, 2010

Salam Ramadhan

Hey all my followers, salam ramadhan kepada semua yang beragama islam, sorry sebab sudah lama aku tidak mentelaah blog aku yang semakin bersawang ini akibat aku memang tiada apa apa yang menarik untuk di kongsikan dengan rakan rakan sekalian, tapi sejak kebelakangan ini aku kerap di datangi pelbagai ujian percintaan yang bagi aku sangat lah menyakitkan hati apabila bertepukkan sebalah tangan sahaja. Bayangkalah bagaimana kita bermain gitar hanya menggunakan sebelah tangan sahaja, bunyi memang lah ada tapi irama dan lagunya pincang entah kemana. Bukan pasal gitar yang aku ingin sampaikan pada post aku kali ini, tetapi kisah tentang hati dan perasaan yang membuatkan aku berbuak buak selama ini hinggakan setiap hari setiap saat mahupun ruang kekosongan sahaja aku mesti teringatkan akan si dia yang aku menggelarkan puteri yang dapat mengukir kembali senyuman di dalam hatiku ini yang telah lama menyepi akibat kesalah diriku sendiri juga. Lagi sekali aku tekankan bukan kisah kekasih lama ku yang ku ingin highlight kan di post ini tapi seorang gadis yang telah berjaya menawan hatiku sejak daripada semester ke dua pengajian aku di sebuah college swasta yang terletak di badar raya kuala lumpur. Aku ingin tekan kan lagi bukan pasal college yang aku ingin tekankan di sini, hahaha.

kali pertama si dia membuat hatiku berdegup laju semasa aku bersama rakan rakan sekuliah menjamu selera di sebuah restoran mamak bersebelahan college, aku terpaku melihat cara percakapanya, keletahnya berasama rakan rakannya yang sedang makan. pada saat itu, atmesfera seakan akan hanya aku dan si dia, hahaha. aku tanpa segan silunya memerhatikan setiap pergerakannya dari meja yang bertentengan, aku berasam rakan ku, dia berasama rakannya. aku memberitahu kepada seorang rakan perempuanku yang kebetulan duduk di sebelah kanan kerusi ku, lalu aku berkata kepadanya yang hatiku pada ketika itu bagai di sumpit cupid (cupid sarawak) hahaha. kawan perempuan aku juga mengatakan yang si dia mempunyai wajah yang sangat ayu, dia juga berkata patutlah dari tadi mataku tidak berkelip walau sesaat pun, aku ketewa kecil kerana usikan kawan perempuan ku itu. dalam hatiku pada masa itu masih lagi berdegup degup kencang bagaikan mesin basuh lg yang sedang berfungsi di dalam tapi senyap di luaran, aku lagak seperti cool sahaja supaya si dia tidak sedar akan kehadiran mata mata jahat yang memerhatinya dari jauh, haha iatu mata aku yang kerap kali memandangnya. kisah ini hanya terhenti di sini sahaja kerana aku tidak berkesempatan untuk mengenali dirinya, situasi aku pada saat dan ketika itu hanyalah sebagai pemuja dari jauh sahaja. hari berganti hari, semesta gerganti semesta, aku hanya mampu melihatnya dari jauh dan hanya berkongsi perasaanku pada ketika itu berasama seorang lagi rakan ku yang juga pendengar setia luahan hati aku dari dahulu hinggalah saat ini. terima kasih daun keladi pada rakan ku itu.

klimaks pada kisah cinta si mamat yang tak berapa nak hengsem ni bermula pada saat dan ketika pada aku sedang menduduki pengajian di semester ke tiga di college yang sama ini, pada hari penting yang genting itu ialah hari yang sangatlah bermakna bagi ku kerana pada hari itu jugalah aku berkenalan dgn si dia yang di perantaraakan oleh seorang rakan yang boroi sama juga seperti ku, pada hari itu, aku dan rakan rakan sedang melepak di lobby tingkat fakulti aku, sedang sibuk berborak si dia pun lalu di depan lobby itu berasama rakan rakannya. aku memberitahu kepada rakan ku yang bahawa aku teringin untuk berkenalan dengan si dia tapi tidak mempunyai kesempatan (padahal) hahaha. dengan tanpa segan dan silunya rakanku itu pergi kepada si dia dan berkata bahawa aku ingin berkenalan dengannya, pada saat dan ketika itu aku hanya rasakan sesuatu perasaan yang gelap gelita akibat suhu badanku menjadi naik pada tahap maksimum. lalu rakanku itu kembali ke tempat duduk berdepan dgn aku dan berkata yang si dia ingin melihat siapa yang ingin berkenalan dengannya itu, rakanku menyuruh aku untuk berjumpanya tetapi aku enggan kerana dengan keadaan aku yang tidak bersedia itu, dengan berpeluhnya lagi akibat suhu badan semakin menigkat. tidak lama kemudian si dia pun datang ke lobby itu untuk duduk bersama rakannya sambil menuggu sesuatu yang aku pun tidak pasti, rakan rakan ku juga tanpa segan silu menyankan siapah namanya, situasi ku pada ketika itu ialah separuh sedar, koma, lumpuh! hahaha. tidak lama kemudian dia datang ke meja kami untuk meminta pertolongan untuk transfer file ke dalam pendrive miliknya. rakan rakan ku mula menganjing untuk menyuruh aku yang untuk menolong si dia, dgn keadaan yang menggeletar dan separuh sedar aku lakukan juga. cerita ini hanya terhenti di sini kerana kelembapan aku untuk memulakan langkah seterusnya. hahaha.

selang satu minggu daripada kejadian itu, aku.. sambung esok boleh? penatlah menaip! HHA

Wednesday, July 7, 2010

A

aku malas update blog! terima kasih!

Sunday, May 30, 2010

untuk mu A!

Thursday, April 22, 2010

21 april 2010

Hey dear blog, agak lama en tak update blog aku ni, busy la, tambah lagi aku pun dah memang malas nak share apa apa tentang diri aku ni, yelah, takda apa yang menarik pun nak di ceritakan, so ni jelah mampu nak share untuk hari ini :

pagi : hantar dan ambik mak pergi medical check up, lepastu photoshoot untuk iklan klmu. thanks to ammar aka tujan, eh tak ingat lah nama you, eh yela kot, tanya akim, for instruc kitaorang. to beth aku nak gambar kita tadi, hekhuk.

petang : pergi ke rumah faidhi faisal bersama akim, milie, mimie, kak aida, al, arief, hyder dan qayum, melantak laksa penang, aunty masak. thanks aunty, sedap sangat, sorry tak makan burger tadi, sebab dah full sangat lah (walaupun) hanya Allah, akim dan mimie sahaja yang tahu, hekhuk, shhh, bukan apa, takmo hampakan hati orang tua dan juga seorang ibu, esekeledek.

malam : pergi klang, rumah kakak milie nak ambik baju kurung untuk pergi wedding abang zira ahad ni. lepastu sempat lagi singgah i-city bawak dorang chilling, kak aida mula la dengan perangai lawok dia, lepastu pulak tali wedges dia boleh pulen tercabut lalu tertinggal kat rumah kakak milie, terpaksa la patah balik, nasib baik jumpa kan kak aida kan? hekhuk.

so that's all for today, nanti ada apa apa cerita menarik lagi aku update lah ye! trimas =)

to my best damn friend! syahrizal azli aka bobbie brown, happy birthday yang ke 19 tahun, kau dah tua, bawak bawak la bertaubat k, HHA, jangan banyak melancap, focus study, kau dah nak final exam en, ceyh padahal aku pun sama en dah nak final lagi dua minggu. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, hopefully persahabatan kita ni kekal sampai bila bila kena anak cucu cicit cirit monyet! =P